Sedia Menerima Tempahan di kawasan KULIM, KEDAH dan sekitar dengan nya. Sila Hubungi 0194528551 (azam) untuk pertanyaan Lanjut ...

Monday, July 9, 2012

♥Kek Velvet Pelangi/Marble Kukus





Menambah satu lagi kek velvet yang dikukus... :)
Kek_pelangimarble_kukus

Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 8 inc )
4 biji telur - A yang sejuk dr petiais
3/4 cawan gula halus/perang (180g)
1 1/2 cawan tepung gandum (180g) - diayak
3/4 sk baking powder
1/2 sb penuh ovallete
1/4 sk garam
7 1/2 sb susu sejat (120g)
1 sk esen vanilla
1/3 cawan minyak jagung/mentega cair (80g)
3 atau 4 pewarna pilihan

Cara-cara
Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris.
 Satukan kesemua bahan2 ke dalam mangkuk mixer kecuali minyak dan pewarna dan pukul hingga kembang.
Kek_pelangi_kukus_001



 Masukkan minyak dan kacau perlahan2 hingga adunan sebati.

Kek_pelangi_kukus_003

 Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna2 pilihan.

Kek_pelangi_kukus_006

 Bubuh adunan berselang-seli warna ke dalam loyang hingga habis.

Kek_pelangi_kukus_008

 Tutup loyang dengan alum. foil yg digris dan kukus selama 45 min. atau hingga kek masak.

Kek_pelangi_kukus_010

 Buka segera alum.foil tadi dan biar kek di dalam loyang 5-10 min dan terbalikkan atas redai kek untuk disejukkan.
Kek_pelangi_kukus_011


 Setelah sejuk,potong dan hidangkan.
Kek_pelangi_kukus_039